Bulan Mac 2022 telah pun melabuhkan tirainya. Sedar atau tidak, masih ramai yang terus berjuang untuk mencari rezeki bagi menampung kos kehidupan diri sendiri dan juga keluarga.
Bagi yang memerlukan bantuan kewangan, tidak perlu risau kerana pada bulan Mac ini terdapat beberapa bantuan yang akan disalurkan. Berikut adalah tarikh-tarikh bantuan akan disalurkan kepada anda yang memerlukan:
1) Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM350-RM2,000
Berkenaan dengan bayaran BKM, ia akan dilaksanakan secara 4 fasa setahun dengan membabitkan jumlah-jumlah tertentu berdasarkan ketetapan setiap kategori.
Jadual pembayaran BKM mengikut bulan boleh dirujuk seperti di bawah:
- Fasa 1 : Mac 2022
- Fasa 2 : Jun 2022
- Fasa 3 : September 2022
- Fasa 4 : Disember 2022
Pembayaran BKM akan dilaksanakan dalam beberapa cara mengikut ketetapan semasa permohonan. Ia adalah seperti berikut:
- Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM;
- Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat;
- Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang berstatus gagal kredit atau tiada akaun bank.
2) Bantuan Kewangan BPTAR RM300
Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) adalah dikhususkan kepada pelajar yang berasal dari latar belakang kurang berkemampuan dan meliputi kos sara hidup untuk dua (2) semester (sepuluh bulan sahaja) bagi pelajar sepenuh masa program ijazah sarjana muda dari universiti awam di Malaysia.
Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.
PERMOHONAN DITUTUP PADA 11:59PM, 31 MAC 2022
Berapakah Kadar Bantuan?
- Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
- Elaun bulanan: Elaun sara hidup sebanyak RM300 pada 10 bulan sepanjang pengajian.
- Elaun tahunan: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap pelajar. Elaun ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan termasuk pembelian alat tulis dan buku teks.
- Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).
Syarat Asas Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
- Berlatar belakang keluarga miskin (B40) dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
Nota: Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.
Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).
Cara Memohon Bantuan
Bagi mereka yang layak dan berminat, boleh memohon secara atas talian di pautan berikut: https://www.yayasantar.org.my/bm/mohon/
3) Bantuan YBR RM1,000
Pihak Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperkenalkan Bantuan Awal Pengajian. Ia adalah satu program membantu pelajar yang mahu melanjutkan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi ke IPTA atau IPTS dan memerlukan bantuan awal.
Bantuan ini adalah berbentuk ‘ONE OFF’ iaitu hanya diberikan sekali sahaja kepada pelajar yang layak. Terdapat kriteria yang harus dipenuhi oleh para pemohonan.
Syarat Kelayakan Memohon
- Umur tidak kurang 18 tahun semasa permohonan dibuat.
- Pemohon dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000.00 kebawah sahaja yang akan dipertimbangkan.
- Menerima surat tawaran daripada institusi pengajian tinggi.
- Pemohon merupakan pelajar semester 1.
- Pemohon hendaklah mempunyai Akaun Simpanan Bank Rakyat.
- Untuk maklumat lanjut, sila ke pautan berikut: KLIK SINI
Permohonan hanya diterima secara atas talian di pautan berikut dengan klik ‘daftar’: https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php/bap-home
4) Tarikh Diskaun Pembayaran PTPTN
Jika ingin menikmati diskaun-diskaun ini, pastikan anda melakukan bayaran dalam tempoh diskaun bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Pakej diskaun adalah seperti berikut:
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman:
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan semua hutang tersebut. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM8,500 sekaligus. - Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran:
Contoh jika baki hutang adalah RM10,000 dan peminjam memilih menghabiskan separuh hutang tersebut iaitu RM5,000. Maka, peminjam hanya perlu bayar RM4,400. - Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual:
Contoh peminjam membayar melalui potongan gaji atau debit terus secara bulanan mengikut jadual sebanyak RM100 sebulan. Maka, anda hanya akan membayar sebanyak RM90 sebulan.