Dalam kesibukan bekerja, pasti ramai di antara kita yang memilih untuk menyimpan dan menabung sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Berita gembira buat para penyimpan, ini kerana KWSP baru sahaja mengumumkan keuntungan dan dividen bagi konvensional dan syariah.
Untung & Dividen
KWSP mengumumkan dividen sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.
Jumlah pengagihan terkumpul bagi 2021 adalah RM56.72 bilion, iaitu RM50.45 bilion untuk Simpanan Konvensional dan RM6.27 bilion lagi untuk Simpanan Syariah
Jumlah keahlian setakat Disember 2021 meningkat sebanyak dua peratus kepada 15.2 juta, manakala majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah berjumlah 553,000.
Untuk Semakan Secara Online
Jika anda telah berdaftar sebagai ahli KWSP, anda boleh membuat pendaftaran KWSP online melalui i-Akaun. i-Akaun ini membantu anda menguruskan akaun KWSP anda secara online, seperti
- Kemaskini profil peribadi
- Semak kelayakan pengeluaran
- Semak baki simpanan
- Semak penyata KWSP
- Semak rekod caruman
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menukar daripada akaun konvensional kepada akaun Shariah
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Langkah Mendaftar / Mengaktifkan i-Akaun adalah seperti berikut:
- Hadir ke mana-mana cawangan atau kios KWSP berhampiran anda
- Layari laman web www.kwsp.gov.my
- Pilih ‘Log Masuk’ dan klik i-Akaun (Ahli) ATAU
- Muat turun aplikasi mobil i-Akaun
- Masukkan nombor ahli KWSP sebagai ID dan Kata Laluan Sementara yang diterima melalui SMS
- Setelah berjaya log masuk, setkan semula ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
- Selepas pengaktifan selesai, anda akan menerima notifikasi berjaya di skrin anda.