Jawatan Kosong Terkini Di PLUS Malaysia Berhad. Terbuka Kepada Yang Berumur 18-45 Tahun

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak PLUS Malaysia Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Syarikat

PLUS Malaysia Berhad (PMB) telah diperbadankan pada 29 November 2010 dan terlibat dalam pegangan pelaburan. Pada 29 November 2011, PLUS telah menyelesaikan pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Berhad (PEB). Selaras dengan itu,

PMB menjadi syarikat induk Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad, Expressway Lingkaran Tengah Sdn Bhd (ELITE), Linkedua (Malaysia) Berhad (Linkedua), Konsortium Lebuh Raya Butterworth-Kulim (KLBK) Sdn Bhd(KLBK), TERAS Teknologi Sdn Bhd (Teras), PLUS Helicopter Services Sdn Bhd (PHS) dan pemegang saham besar Touch ‘n Go Sdn Bhd.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Khidmat Pelanggan

  • Lokasi: Lembah Klang & Selatan

Syarat & Kelayakan Minima

  • Lepasan SPM
  • Berumur 18 -45 tahun
  • Sanggup Bekerja Syif

Faedah-Faedah Ditawarkan

  • Gaji bulanan RM1,200
  • Caruman KWSP dan SOCSO
  • Elaun syif dan kerja lebih masa
  • Rawatan perubatan & insurans
  • Cuti tahunan

Dokumen Yang Perlu Disediakan

  • Gambar berukuran passport
  • Sijil SPM & Sijil berhenti sekolah (Asal & Salinan)
  • Salinan kad pengenalan (depan & belakang)

Emelkan Dokumen Kepada

career@plus.com.my

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

  • Norizam Ramli (019-2233804)
  • Mohammad Faizal Zolipatah (013-7031953)
  • Halim Tan Shaari (019-2177135)

Related Posts