Bantuan Kewangan BPBKA RM2,500 Telah Mula Diberikan. Ini Cara Bantuan Disalurkan

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan BPBKA yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan BPBKA yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan BPBKA?

Bantuan Pembelian Barang Keperluan Asas (BPBKA) merupakan bantuan wang tunai diberi kepada ketua isi rumah dan merupakan antara inisiatif kerajaan dalam membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat banjir.

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM15.1 juta untuk Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas (BPBKA) kepada mangsa-mangsa banjir di Negeri Sembilan.

Kadar Bantuan

Sebanyak RM2,500 untuk setiap ketua isi rumah

Kaedah Penyaluran Bantuan

Proses penyaluran bantuan itu dilaksanakan sepenuhnya oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pejabat-pejabat pembangunan negeri.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung ke nombor Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berikut:

  • Telefon: 03-8000 8000
  • Faks: 03-8888 2025

Sudah Ada Yang Menerima Bantuan Ini

Pada 13 Februari 2022, telah ada mereka yang menerima bantuan ini. Berita mengenai penerimaan bantuan boleh dibaca di pautan berikut: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/02/809793/lega-terima-bantuan-bpbka-rm2500

Bukan sesuatu yang mudah bila berdepan musibah kali pertama berlaku sehingga saya mengalami kerugian puluhan ribu ringgit akibat kerosakan harta benda.

Dengan bantuan yang diterima, barang keperluan akan dibeli secara beransur ansur oleh penerima kerana kebanyakan tidak suka berhutang bagi membeli barangan berkenaan.