Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kekosongan Jawatan Terkini Di PERKESO. Gaji Ditawarkan Sehingga RM5,600.00

Posted on February 11, 2022 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi

Pertubuhan Keselamatan Sosial (secara rasmi disingkatkan sebagai PERKESO) merupakan sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Selain daripada itu, pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka. PERKESO ialah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pengurus Projek Gred 24 Skim Juruanalisa Sistem (Tetap/kontrak)

  • Lingkungan Gaji: Min.RM5,600.00-Mak.RM15,900.00
  • Waktu bekerja: 8.00 jam

Syarat Kelayakan

  1. Umur calon mestilah tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  3. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam pengurusan projek IT;zBermotivasi tinggi dan boleh bekerja dalam satu pasukan; dan
  5. Bersedia untuk berkhidmat dan bertugas di Ibu Pejabat PERKESO

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
February 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  
« Jan   Mar »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme