Kekosongan Jawatan Pembantu Awam Gred H11. Kelayakan Minima PMR atau Setaraf

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Penyelidikan & Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) (Inggeris: Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI)) ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani di Malaysia. Ia ditubuhkan di bawah Akta MARDI (1969).

Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Awam Gred H11

  • Gaji: RM1,200 Sebulan
  • Taraf Jawatan: Contract For Service
  • Tempoh Perkhidmatan: 1 tahun

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • a. warganegara Malaysia; dan
  • b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah dilakukan dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 (KLIK SINI) dengan lengkap berserta dokumen-dokumen sokongan berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:

Pengurus
MARDI Pontian
KM53 Jalan Johor
82000 Pontian
Johor
(U/P: Shahdatul Syafiqa Binti Faid)

 

 

Related Posts