Berstatus Bumiputera Warganegara Malaysia. Ini Cara Mohon Bantuan Wang SBKP RM500

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan SBKP yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan SBKP yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan SBKP?

Skim Bantuan Khas Pendidikan YPM (SBKP) ialah satu pendekatan dalam usaha Yayasan Pelajaran MARA untuk membantu pelajar, khususnya Bumiputera, yang ditimpa kesusahan akibat kemalangan atau bencana untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Ini termasuk pembelajaran di sekolah ataupun di mana-mana institusi pengajian.

Kadar Bantuan Yang Diberikan

1. Bantuan Segera

Sejumlah wang diberikan kepada pemohon bagi mengurangkan kesusahan akibat daripada kemalangan atau bencana yang menimpa pemohon/keluarga pemohon.

Jumlah maksima Bantuan Segera ialah dihadkan kepada RM500.00 sahaja bagi setiap keluarga mengikut budi bicara Ketua Pegawai Eksekutif YPM berdasarkan Laporan Penilaian yang dikemukakan.

2. Bantuan Pakaian, Peralatan dan Kemudahan Pembelajaran

Sejumlah wang yang diperlukan bagi membiayai perolehan pakaian, peralatan atau kemudahan yang musnah/hilang akibat sesuatu kemalangan atau bencana. Jumlah bantuan ini adalah mengikut jumlah sebenar perbelanjaan dan tertakluk kepada Prosedur Perolehan YPM.

Kelayakan & Syarat Memohon

  • Bumiputera warganegara Malaysia;
  • Sedang belajar, samada di sekolah/institusi pengajian kerajaan atau swasta;
  • Mengalami kesusahan yang mengganggu aktiviti pembelajaran akibat daripada sesuatu kemalangan atau bencana;
  • Mengemukakan permohonan bertulis;
  • Mendapat pengesahan pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan.

Cara Memohon Bantuan

Permohonan boleh dikemukakan kepada YPM dan kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada penilaian dan keputusan Pengurusan YPM.

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18, Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.

Maklumat Tambahan

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :-

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #sbp

 

Related Posts