Pendapatan Isi Rumah RM4,000 & Ke Bawah. Ini Cara Mohon Bantuan BPTAR RM300 Sebulan

Secara umunya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan BPTAR yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan BPTAR yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Bantuan BPTAR?

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman (BPTAR) adalah dikhususkan kepada pelajar yang berasal dari latar belakang kurang berkemampuan dan meliputi kos sara hidup untuk dua (2) semester (sepuluh bulan sahaja) bagi pelajar sepenuh masa program ijazah sarjana muda dari universiti awam di Malaysia.

Semua permohonan mesti diserahkan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) universiti.

Syarat Asas Pemilihan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA tempatan.
  • Berlatar belakang keluarga miskin (B40) dengan pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah.
  • Nota: Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon.

Maklumat berkaitan pendapatan keluarga pemohon hendaklah disahkan oleh Penguasa yang benar-benar mengenali keluarga pemohon seperti Penghulu Mukim (atau setaraf) atau Ketua Jabatan (Majikan ibubapa/penjaga).

Kadar Bantuan

  • Yuran universiti: Penajaan penuh untuk yuran pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh MQA.
  • Elaun bulanan: Elaun sara hidup sebanyak RM300 pada 10 bulan sepanjang pengajian.
  • Elaun tahunan: Elaun pengembangan profesional bagi peningkatan diri setiap pelajar. Elaun ini juga boleh digunakan untuk menjalankan projek kemasyarakatan termasuk pembelian alat tulis dan buku teks.
  • Elaun sekali sepanjang biasiswa: Elaun bagi menampung perbelanjaan dalam bentuk yang lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, pakaian rasmi ataupun juga tiket penerbangan (antara Semenanjung dan Timur Malaysia).

Cara Memohon Bantuan

Bagi mereka yang layak dan berminat, boleh memohon secara atas talian di pautan berikut: https://www.yayasantar.org.my/bm/mohon/

ila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum mengisi borang. Anda juga disarankan untuk membaca butiran Biasiswa Tunku Abdul Rahman di laman web YTAR.

Tarikh Tutup Permohonan

PERMOHONAN DITUTUP PADA 11:59PM, 31 MAC 2022

Related Posts