Kekosongan Jawatan Pembantu Operasi Gred N11. Kelayakan Minima PMR atau Setaraf

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Tourism Johor mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi

Pada 25 November 2009, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan untuk menubuhkan semula Jabatan Pelancongan Negeri Johor secara berasingan daripada Tourism Malaysia dan Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Johor.

Melalui Ringkasan Mesyuarat Bil 129/2016 Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 13 Januari 2016, Jabatan Pelancongan Negeri Johor telah menukar namanya kepada Tourism Johor. Sejak itu, semua komunikasi rasmi kerajaan menggunakan nama Pelancongan Johor.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Operasi Gred N11

  • Gaji: RM1,216.00 – RM2,983.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan kepada calon yang mempunyai lessen memandu sekurang-kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]; (Gaji Permulaan ialah pada Gred N11 : RM1,216.00);

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Tourism Johor atau dengan memuat turun borang di media sosial Tourism Johor https://www.facebook.com/tourismjohor/

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Tourism Johor
Aras 3-24, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC)
No. 2, Jalan Ayer Molek
80000 JOHOR BAHRU

Tarikh Tutup Permohonan

17 Februari 2022