Kekosongan Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41. Gaji Ditawarkan RM 2,080.00 – RM 9,546.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Universiti Malaysia Kelantan secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.

UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto ‘Keusahawanan ialah Teras Kami’, universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Tadbir N41

  • Gaji: RM 2,080.00 – RM 9,546.00
  • Kenaikan tahunan: RM 225.00

Syarat Kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,080.00)
    atau;
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi
    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan: RM2,283.43 ); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Borang permohonan boleh diisi secara atas talian di: http://jobs.umk.edu.my/

Tarikh Tutup Permohonan

3 Februari 2022

Keterangan Am

  • Pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah selama 6 bulan. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas selepas 6 bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

Related Posts