Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak FELCRA Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Syarikat
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966.
Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pemasaran (Marketing)
- Lokasi: Kuantan
- Gaji: Tidak dinyatakan
Tugasan Kerja
- Pengurus pemasaran menjalankan pelaksanaan usaha yang berkaitan dengan operasi pemasaran dalam sesebuah syarikat.
- Mereka membangunkan strategi dan rancangan pemasaran dengan memperincikan kos dan sumber yang diperlukan.
- Mereka menganalisis keuntungan pelan ini, membangunkan strategi harga dan berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang produk dan syarikat dalam kalangan pelanggan yang disasarkan.
Kelebihan Pekerja
- KWSP
- PERKESO
- Cuti tahunan
Cara Memohon Jawatan
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).
Cara Daftar Akaun Secara Percuma Di Portal Jobstreet
- Pergi ke www.jobstreet.com.my.
- Klik pada butang ‘Free Sign Up’.
- Isikan Nama Pertama, Nama Keluarga, E-mel dan Kata Laluan anda. Klik pada ‘Sign Up’.
- Isikan maklumat asas dan pilihan anda untuk tujuan pemadanan pekerjaan. Klik pada ‘Next’.
- Isikan kelayakan tertinggi anda dan pengalaman kerja terkini untuk mula mencipta Profil JobStreet.com anda.
- Klik pada ‘Complete’. Anda akan digesa untuk mengesahkan alamat e-mel anda seterusnya.
Untuk mengesahkan alamat e-mel anda:
Cari e-mel daripada [email protected] dengan subjek “Sahkan e-mel anda – daripada JobStreet.com”. Klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel. Siap! Anda sudah boleh menggunakan akaun Jobstreet anda.