Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kekosongan Jawatan Pembantu Awam Gred H11. Kelayakan Minima PMR Hingga SPM

Posted on January 27, 2022 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Universiti Malaysia Kelantan secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.

UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto ‘Keusahawanan ialah Teras Kami’, universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Awam Gred H11

  • Kekosongan: 1
  • Gaji: RM 1,218.00-RM 2,939.00

Syarat Umum Kelayakan

  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan; dan
  • Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi bekas tentera/polis
  • Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, sekiranya berjaya dipanggil temu duga, pegawai berkenaan hendaklah membawa surat pengesahan ketua jabatan, ringkasan kenyataan perkhidmatan serta laporan penilaian prestasi tahunan terkini

Cara Memohon

Borang permohonan boleh diisi secara atas talian di: http://jobs.umk.edu.my/

Tarikh Tutup Permohonan

3 Februari 2022

Keterangan Am

  • Pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah selama 6 bulan. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas selepas 6 bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya

 

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme