Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19. Gaji Ditawarkan RM1,352 – RM4,003

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Parlimen Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Badan Kerajaan

Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.

Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat.

Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19

  • Bilangan Kekosongan: 4
  • Gaji Ditawarkan RM1,352 – RM4,003

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia; dan
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)

Cara Memohon Jawatan

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia di pautan berikut: https://www.parlimen.gov.my/iklan-jawatan-kosong.html?uweb=web&
  • Borang permohon yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan), resume, salinan sijil kelahiran, salinan mykad, salinan kelulusan akademik, dan salinan sijil berhenti sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua dokumen hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas)

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:
Ketua Pentadbir,
Parlimen Malaysia
Aras 4, Blok Ahli Parlimen Dan Pentadbiran
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur
(u.p: Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Dan Inovasi)

Tarikh Tutup Permohonan

4 Februari 2022