Kekosongan Jawatan Pembantu Pegawai Admin. Terbuka Kepada Yang Berkelayakan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak TEKUN Nasional mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

TEKUN Nasional, agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang menyediakan kemudahan pembiayaan bumiputera secara mudah, cepat, mesra bagi mengembangkan & memajukan perniagaan anda!

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga diambil dari singkatan terma TEKUN merupakan kaedah pinjaman terbaik yang disediakan oleh kerajaan Malaysia bagi usahawan kecil bumiputera menjalankan atau mengembangkan perniagaan mereka.

Kaedah yang diguna pakai bagi skim itu memudahkan usahawan kecil untuk mendapatkan pinjaman.

Selain cara bayaran baliknya yang amat mudah, caj perkhidmatan yang dikenakan juga hanya 4 % setahun berbanding ceti haram / Ah Long yang mengenakan kadar faedah tinggi dengan peminjam terdedah kepada pelbagai risiko.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Pegawai Admin

  • Lokasi: Ibu Pejabat, Bandar Tasik Selatan
  • Melakukan kerja-kerja am & pentadbiran di Ibu Pejabat TEKUN Nasional dan mempunyai kemahiran menggunakan komputer

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Umur di antara 21-45 tahun ( Kecuali Bekas Tentera / Polis )
  • Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya
  • Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Keutamaan kepada calon yang mendapat kepujian / lulus dalam Matematik dan Bahasa Inggeris; ATAU -Mempunyai Diploma dalam Perakaunan
  • Mempunyai lesen memandu ( B2 / D ) yang sah
  • Mempunyai kenderaan sendiri

Pengalaman Atau Kemahiran Diperlukan

  • Mempunyai pengetahuan asas komputer Windows seperti Microsoft Word, Excel & PowerPoint
  • Mempunyai pengetahuan asas mengenai insurans
  • Perlu kerja luar sekiranya diperlukan
  • Berperwatakan baik, kemas dan menarik
  • Berpeluang diserap sekiranya menunjukkan kerja & prestasi yang bagus.

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Cara Daftar Akaun Secara Percuma Di Portal Jobstreet

  • Pergi ke www.jobstreet.com.my.
  • Klik pada butang ‘Free Sign Up’.
  • Isikan Nama Pertama, Nama Keluarga, E-mel dan Kata Laluan anda. Klik pada ‘Sign Up’.
  • Isikan maklumat asas dan pilihan anda untuk tujuan pemadanan pekerjaan. Klik pada ‘Next’.
  • Isikan kelayakan tertinggi anda dan pengalaman kerja terkini untuk mula mencipta Profil JobStreet.com anda.
  • Klik pada ‘Complete’. Anda akan digesa untuk mengesahkan alamat e-mel anda seterusnya.

Untuk mengesahkan alamat e-mel anda:

Cari e-mel daripada lina@jobstreet.com dengan subjek “Sahkan e-mel anda – daripada JobStreet.com”. Klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel. Siap! Anda sudah boleh menggunakan akaun Jobstreet anda.

 

 

Related Posts