Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Universiti Malaysia Kelantan secara rasminya berada dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Ia merupakan universiti awam (UA) yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.
UMK yang dikategorikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai universiti berfokus. Dengan moto ‘Keusahawanan ialah Teras Kami’, universiti ini menekankan ilmu keusahawanan dalam kalangan mahasiswanya tanpa mengira disiplin ilmu dan bidang.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- Tetap: 1 Kekosongan
- Kontrak: 19 Kekosongan
Syarat Umum Kelayakan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
- Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan; dan
- Berumur tidak melebihi 45 tahun bagi bekas tentera/polis
- Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, sekiranya berjaya dipanggil temu duga, pegawai berkenaan hendaklah membawa surat pengesahan ketua jabatan, ringkasan kenyataan perkhidmatan serta laporan penilaian prestasi tahunan terkini
Cara Memohon
Borang permohonan boleh diisi secara atas talian di: http://jobs.umk.edu.my/
Tarikh Tutup Permohonan
3 Februari 2022
Keterangan Am
- Pemohon yang disenarai pendek akan ditemuduga dalam tempoh 6 bulan
- Tempoh sah laku permohonan adalah selama 6 bulan. Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas selepas 6 bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya