Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Yang Ditawarkan
- PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED N29)
- Gaji: RM1,493 (gaji minimum)
- PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED N41)
- Gaji: RM2,080 (gaji minimum)
- PEGAWAI KONTRAK PROJEK (SETARA GRED W41)
- Gaji: RM2,094 (gaji minimum)
- PEMBANTU PENERBITAN GRED N19
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N41
- Gaji: RM2,080 – RM9,546
- PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41
- Gaji: RM2,315 – RM9,618
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Berkelulusan dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda berdasarkan keperluan khusus setiap jawatan;
- Calon bagi lantikan ini hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan jawatan secara lengkap yang boleh dimuat turun – DI SINI.
Borang itu kemudiannya perlu dilampirkan bersama:
- Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
- Salinan Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
- Salinan Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusatpusat pengajian tinggi;
- Salinan Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain.
Dan dihantar ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
Tarikh tutup permohonan pada 26 Januari 2022, Rabu pada jam 12 tengah hari.
Maklumat terperinci kekosongan, boleh dibaca – DI SINI.