Pendapatan keluarga kategori B40: Ini cara memohon bantuan kewangan BKK RM1,000

Seperti yang semua telah sedia maklum, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban mereka. Antara yang diperkenalkan itu adalah bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Tujuan utama BKK adalah:

  • Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
  • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan kewangan BKK yang ditetapkan adalah:

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah;
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun;
  • Kadar bantuan maksimum RM1,000/keluarga sebulan

Syarat-syarat BKK

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

Cara Memohon

Kepada yang ingin memohon bantuan kewangan ini, permohonan boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Dimaklumkan juga bahawa setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini adalah bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Maklumat lanjut dan lengkap tentang BKK juga boleh dibaca – DI SINI.