Pengambilan jawatan kosong terkini di KESAS: Minima SPM, pelbagai elaun disediakan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak KESAS Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Yang Ditawarkan

PERONDA LEBUHRAYA

  • Taraf Jawatan: Tetap
  • Waktu Bekerja: Shif
  • Jantina: Lelaki sahaja
  • Gaji permulaan: RM1,200

Syarat-syarat Kelayakan

  • Mempunyai sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Mempunyai minimum lesen memandu B2, D dan GDL;
  • Mempunyai pengalaman kerja selama 1 tahun.

Faedah-faedah

  • Elaun Shif Sebulan: RM60;
  • Elaun Dobi Sebulan: RM40;
  • Insentif Kedatangan: RM40;
  • Insentif Khidmat Pelanggan: RM70;
  • Caruman KWSP, SOCSO dan Skim Insuran Pekerjaan (SIP);
  • Overtime/kerja lebih masa- Berdasarkan keperluan;
  • Kemudahan perubatan untuk kakitangan dan tanggungan (rawatan pesakit luar, kemasukan ke hospital dan bersalin bagi pasangan);
  • Insuran kemalangan diri dan insuran nyawa secara berkelompok untuk kakitangan;
  • Pakaian seragam;
  • Cuti tahunan, Cuti sakit dan hospitalisasi, Cuti penjagaan keluarga, Cuti perkahwinan (bagi yang belum pernah berkahwin), Cuti ‘paternity’, Cuti ehsan dan Cuti peperiksaan;
  • Bonus dan kenaikan gaji setiap tahun berdasarkan prestasi.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan jawatan secara lengkap, berserta salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil dan lesen.

Borang pemohonan itu boleh di dapati di kaunter penyambut tetamu Wisma Kesas Lebuh Raya Shah Alam, No. 1, Lebuh Raya Shah Alam
47500, Subang Jaya, Selangor, Darul Ehsan.

Pihak KESAS kemudiannya akan menilai permohonan yang memenuhi kriteria dan mereka yang disenarai pendek bagi sesi temuduga akan dimaklumkan kelak.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Januari 2022, Isnin. 

Maklumat terperinci kekosongan, boleh dibaca – DI SINI.