Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Kekosongan Jawatan Pembantu Am Di Jabatan Kerja Raya (JKR). Kelayakan Minima SPM Atau Setaraf

Posted on January 17, 2022 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) ialah salah satu jabatan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab membina dan menjaga infrastruktur awam di Malaysia seperti laluan persekutuan dan negeri, bangunan kerajaan, elektrik, air dan banyak lagi.

Agensi ini terletak di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Am (MySTEP)

  • Kekosongan: 2
  • Kadar Upah: RM1,600 Sebulan
  • Tempoh: 12 bulan (Feb 2022 – Jan 2023)

Syarat Kelayakan Pemohon

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki SPM dan Setaraf
  • Berpengetahuan dan mahir menggunakan komputer dan aplikasi komputer seperti Microsoft Word, Excel, Powerpoint dan lain-lain

Cara Mohon

Kemukakan resume berserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil, salinan sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan dokumen-dokumen sokongan ke emel [email protected] atau alamat berikut:

Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Blok F7, Kompleks F,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya.

Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “MySTEP: Pembantu Am” di sebelah kiri atas sampul surat.

Tarikh Tutup Permohonan pada 18 Januari 2022 sebelum jam 12:00 tengahari.

 

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
January 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Dec   Feb »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme