Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir. Kelayakan Minima SPM atau Setaraf Dengannya

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ialah sebuah jabatan Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia.

Fungsi utama jabatan ini adalah untuk mengawal semua 57 pintu masuk sempadan Malaysia dengan membuat pemeriksaan ke atas semua barangan pertanian yang diimport ke negara ini selamat untuk setiap rakyat Malaysia. Jabatan ini juga menghalang kemasukan barangan pertanian yang tidak selamat dan banyak cubaan untuk membawa masuk barangan pertanian yang tidak selamat ke negara ini berjaya disekat.

Selain daripada itu, jabatan ini memberikan perkhidmatan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk sempadan Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Tadbir (Program MySTEP)

  • Kadar Upah: RM1,600 Sebulan termasuk KWSP & PERKESO
  • Penempatan: Pejabat MAQIS Negeri Pahang (Pelabuhan Kuantan)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    atau
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Cara Memohon Jawatan

Sila hantar resume, surat/emel iringan menyatakan jawatan, maklumat penuh peribadi, gambar dan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik sebelum tarikh tutup ke alamat seperti di bawah:

Emel: maqispahang@yahoo.com

Alamat Pejabat: Pejabat MAQIS Negeri Pahang, Tingkat 1 Bangunan Kerajaan, KM25 Tanjung Gelang, 27250, Kuantan, Pahang

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:

Nama: En. Mohd Shalid Izuwan Bin Kamarudin
No. Tel: 09-5834155, 012-9869360