36 Kekosongan Jawatan Pembantu Awam Gred H11. Kelayakan Minima PMR atau Setaraf

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perdana Menteri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Perdana Menteri merupakan sebuah kementerian kerajaan persekutuan di Malaysia. Ia ditubuhkan bertujuan untuk memastikan perkhidmatan di semua bahagian terlaksana menurut dasar, pengawalan dan garis panduan semasa.

Ia diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia dan diikuti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Jabatan ini merangkumi Pejabat Perdana Menteri dan lebih 50 agensi dan badan kerajaan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Awam Gred H11 (Semenanjung)

  • Kekosongan: 36
  • Gaji Minimum : RM1,218.00
  • Gaji Maksimum : RM2,939.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia; dan
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
  • (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
    (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut: Portal SPA9 (KLIK SINI)

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Januari 2022 (Ahad) jam 11.59 malam.

Cara Mendaftar Akaun Di Portal SPA9

Klik di pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/register (KLIK SINI)

  1. Isi Maklumat Pengguna. Pastikan semua medan bertanda * diiisi.
  2. Sila isi bahagian soalan Keselamatan. Sila pastikan calon untukmmengingati jawapan untuk soalan keselamatan bagi tujuan
    penetapan semula kata laluan(reset).
  3. Masukkan kata laluan dan kod keselamatan.
  4. Pemohon diminta untuk menanda kotak persetujuan sebelum menghantar pendaftaran tersebut.
  5. Klik “Daftar”.
  6. Pendaftaran MyID boleh dilakukan sekali sahaja
  7. Untuk mendaftar, Klik “Pendaftaran Pengguna“untuk ke Halaman Pendaftaran

Related Posts