Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pendidikan Daerah Muar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Fungsi Pejabat Pendidikan Daerah
Antara fungsi PPD:
- Mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah.
- Bertanggungjawab mengenai perjalanan pentadbiran sekolah peringkat daerah.
- Bertanggungjawab menggariskan dasar pentadbiran sekolah peringkat daerah.
- Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti.
- Mencadangkan penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan serta jawatan kanan.
- Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-murid sekolah di dalam daerah.
- Bertanggungjawab mengenai keperluan pelajaran dari segi pengambilan tanah, pembangunan fizikal, kemudahan sekolah, rumah guru dan asrama di peringkat daerah.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh JPN.
Jawatan Yang Ditawarkan
Guru Ganti MySTEP
- Status Jawatan: Kontrak
- Kadar Upah: RM1,600 (SPM/SPVM), RM1,800 (Diploma/STPM/STAM), RM2,000 (Ijazah)
Fungsi Tugas
- Melaksanakan Pengajaran & Pembelajaran di bilik darjah
- Menjalankan tugas-tugas guru yang digantikan
- Lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa
Syarat Lantikan
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Berumur 18 tahun ke atas
- Sekurang-kurangnya kepujian dalam lima (5) matapelajaran SPM/SPVM
Kemudahan
- Cuti rehat
- Cuti sakit
- Caruman KWSP & Perkeso
Cara Memohon
Permohonan secara dalam talian menerusi pautan berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScUD9nhbFAjUVJLKTO1NQ-67PHTRcQXEdqj6B3wiTvtgNvp9A/viewform
Sebarang pertanyaan sila hubungi: Puan Rohayah Binti Burok (017-7266144)