Kekosongan Jawatan Pegawai Penyelidik. Gaji Ditawarkan Bermula RM2,000 Sebulan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Kesihatan Negara (NIH) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi

Institut Kesihatan Negara (NIH) ialah badan penyelidikan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kami memberi tumpuan kepada menjalankan penyelidikan kesihatan untuk menyokong kementerian dan pihak berkepentingan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Secara amnya, NIH bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan kesihatan yang meliputi perancangan awal dan mengutamakan bidang penyelidikan mengikut keperluan, menjalankan penyelidikan di lapangan, dan memanfaatkan penemuan penyelidikan untuk perkhidmatan dan program kesihatan.

Setiap institut di bawah NIH bertanggungjawab dalam menjalankan penyelidikan berdasarkan bidang khusus mereka seperti bioperubatan, klinikal, sistem dan tadbir urus kesihatan, dan tingkah laku kesihatan.

NIH juga bertanggungjawab dalam menjalankan latihan dan menyediakan perundingan dalam penyelidikan kesihatan untuk kementerian dan agensi lain di Malaysia serta negara lain.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Penyelidik

  • Gaji: RM2,000 Sebulan
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, Caruman Perkeso
  • Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam

Kriteria Keutamaan

  • Mempunyai Ijazah dalam bidang kejuruteraan biomedikal/elektronik/elektrik/mekatronik
  • Keutamaan kepada pemohon yang menetap di sekitar Setia Alam/Shah Alam/Lembah Klang

Cara Memohon Jawatan

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut kepada Unit Penyelidikan Kejuruteraan di penyelidikankejuruteraankkm@gmail.com sebelum atau pada 10/1/2022 (Isnin), jam 10:00 pagi:

  • Surat permohonan jawatan
  • Resume terkini beserta gambar berwarna
  • Salinan Ijazah dalam bidang kejuruteraan biomedikal/elektronik/elektrik/mekatronik
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan sijil vaksinasi

 

Related Posts