Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred 29 Di LUAS. Gaji Ditawarkan RM72 Sehari

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Lembaga

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melalui kerajaan negeri Selangor adalah badan yang dipertanggungjawabkan dalam menguruskan sumber air dibawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

Sebagai sebuah agensi setempat, LUAS dipertanggungjawabkan bagi mempastikan sumber air, lembangan sungai, perairan pantai serta alam persekitaran Negeri Selangor berada di dalam keadaan terpelihara dengan peningkatan kualiti melalui pengurusan sumber air dan lembangan sungai secara yang holistik, bersepadu dan lestari.

Jawatan Yang Ditawarkan

Penolong Pegawai Tadbir Gred 29

  • Pekerja sambilan harian bertaraf Diploma
  • Bayaran Perkhidmatan: RM72 sehari
  • Kekosongan: 1

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki lesen memandu Kelas B2/D yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] serta mempunyai kenderaan sendiri; dan
  • sihat tubuh badan

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah menggunakan borang Pindaan. LUAS 2/2007 yang boleh diperolehi di Portal LUAS: https://www.luas.gov.my (KLIK SINI)

Permohonan yang lengkap beserta resume dan dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dihantar melalui surat menggunakan alamat tertera :

PENGARAH,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P : UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI)

Atau alamat emel seperti berikut: hrgroups@luas.gov.my