Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N11. Gaji Ditawarkan RM1,352.00 – RM4,003.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Daerah Baling mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Pihak Berkuasa Tempatan

Majlis Daerah Kerajaan Tempatan ditubuhkan pada 01 April 1976 selepas penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan. Terdiri daripada 2 buah Lembaga Bandaran dan 3 buah Majlis Mesyuarat Tempatan.

  •  Lembaga Bandaran Baling
  • Lembaga Bandaran Kuala Pegang
  • Majlis Tempatan Kuala Ketil
  • Majlis Tempatan Tawar
  • Majlis Tempatan Kupang

Pada tahun 1987, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Baling.

Jawatan Yang Ditawarkan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)

  • Gred Gaji: N19
  • Gaji: RM1,352.00 – RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100
  • Jumlah Jawatan: 2

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00);
atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40);
atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).

Cara Memohon Jawatan

Borang permohonan boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Baling (www.pbt.kedah.my/mdbaling) secara percuma.

Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-

  • Gambar berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Peperiksaan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Lesen ( Bagi Jawatan yang Berkenaan Sahaja ) vi Lain-lain Sijil yang berkaitan (Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BALING, 09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.

Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan. TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pada atau sebelum 16hb, Januari 2022.

 

Related Posts