Ini Cara Memohon Bantuan Kewangan BWI RM1,000 Bagi Mereka Yang Berkelayakan

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensinya sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang baru diperkenalkan adalah Bantuan wang Ihsan (BWI) yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan BWIyang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Apakah Itu Bantuan Wang Ihsan?

Bantuan Wang Ihsan (BWI) adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) di pusat pemindahan sementara (PPS) atau pun mereka yang tidak berpindah ke PPS.

Kementerian Kewangan juga memutuskan mangsa banjir boleh menuntut bantuan itu setiap kali bencana menimpa berbanding hanya sekali sebelum ini.

Kadar Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah (KIR) di pusat pemindahan sementara (PPS) atau pun mereka yang tidak berpindah ke PPS.

Manakala bantuan RM10,000 akan diberikan kepada keluarga mangsa hadapi kematian akibat banjir (untuk setiap individu yang terkorban).

Kaedah Pembayaran

  1. Kaedah serahan tunai di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
  2. Serahan tunai rumah ke rumah
  3. Pemindahan tunai secara dalam talian (EFT).

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia & memiliki MyKad
  • Mangsa Ketika Bencana Berlaku
  • Mangsa Mendiami Atau Menduduki Rumah Persendirian
  • Berdaftar Dengan Maklumat Lengkap Menggunakan Nama Ketua Isi Rumah

Pendaftaran Nama Yang Sah Perlu Dilakukan Seperti Berikut:

  • Berpindah Ke PPS : Mendaftar Dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Tidak Berpindah Ke PPS : Mendaftar Dengan Jpkk/ketua Komuniti Di Tempat Masing-masing

Cara Memohon Bantuan

Berikut adalah cara untuk memohon BWI:

  • Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).
  • Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.
  • Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.
  • Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Related Posts