Kekosongan Jawatan Pegawai Eksekutif Gred PE3. Gaji Ditawarkan RM2,000 Hingga RM2,500

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.

Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Eksekutif 3 (PE3)

  • Gaji: RM2,000 – RM2,500
  • Lokasi: Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK)

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan Pegawai Eksekutif 3 (PE3) hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

  • Calon-calon adalah terbuka kepada warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan minimum Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah dibuat di atas Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Professional (Kod Dokumen: SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) beserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, resume, sijil/dokumen dan transkrip berkaitan yang telah disahkan dan hantar permohonan melalui alamat emel delila@upm.edu.my (U/P: Pn Siti Noor Delila Abd Karim).

Tarik tutup permohonan pada 31 Disember 2021