Kekosongan Jawatan Pembantu Operasi Gred N11. Kelayakan Minima PMR/SRP

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Badan Kerajaan

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Bahasa Inggeris: Rubber Industry Smallholders Development Authority, RISDA) ialah sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973.

Penubuhan ini mengikut Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah 1972.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Operasi Gred N11

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Kekosongan: 1
  • Jadual Gaji: RM1,262.15 – RM2,983.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
(d) (ii) PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15).
(e) kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan permohonan secara bertulis dengan disertakan resume terkini, salinan sijil akademik dan lesen memandu yang berkaitan kepada:

Ketua Stesen
Pejabat RISDA Stesen Kapit
Pejabat RISDA Stesen Kapit
No. 34 1 Floor Lot 2141 Jalan Pleteh Newshophouse
96800 Kapit Sarawak

Tarikh tutup permohonan pada 30 Disember 2021 pada 12,00 tengahari

Related Posts