Kekosongan Jawatan Pembantu Awam Gred H11. Gaji Ditawarkan RM1,218.00 – RM2,939.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Muzium Negeri Kelantan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Pada tahun 1991, Pejabat Perbadanan Muzium Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunan lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), dimana bangunan Istana Jahar telah dijadikan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan dan bangunan lama MPKB dijadikan Muzium Negeri.

Dalam memenuhi sektor pelancongan serta bagi mencerminkan kebudayaan Negeri Kelantan, Perbadanan Muzium ini telah Berjaya mewujudkan beberapa buah muzium / galeri khusus yang terletak dalam zon budaya.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Awam Gred H11

  • Kekosongan: 1
  • Lokasi: Kota Bharu
  • Gaji: RM1,218.00 – RM2,939.00
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM80.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
(Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)

Cara Memohon Jawatan

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan Borang PMNK 1/2021 yang boleh diperolehi di Bahagian Pengurusan, Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dengan harga RM2.00
  2. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan diserta gambar berukuran passport, salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan Akademik yang berkaitan dan telah disahkan daripada salinan asal.
  3. Permohonan yang lewat diterima serta tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan tuan-puan tidak berjaya

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

Pengarah, 
Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,
Jalan Hospital, 15000 kota Bharu