Kekosongan Jawatan Pembantu Awam Gred H11. Kelayakan Akademik Minima PMR/SRP

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Putra Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Universiti Putra Malaysia (UPM), dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.

Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Awam Gred H11

  • Gaji Per Hari: RM45.00
  • Kiraan OT per jam: RM5.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • warganegara Malaysia; dan
  • berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Cara Memohon Jawatan

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/Jawatan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman web Sistem Pengurusan ISO, UPM di alamat http://reg.upm.edu.my/eISO/action.outsider.Sila hantarkan borang yang lengkap beserta sijil/dokumen yang berkaitan ke alamat:

Pejabat Am,
Hospital Veterinar Universiti,
Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

Tarikh tutup permohonan pada 24 Disember 2021.