Jawatan Kosong Pegawai Eksekutif Di Universiti Putra Malaysia (UPM). Gaji Bermula RM2,000

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Putra Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.

Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Pertanian, Perhutanan, dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakan. Ia terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Eksekutif, PE 3

  • Gaji Permulaan: RM2,000
  • Taraf Jawatan: Sambilan/Kontrak

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Mempunyai kelayakan minimum Diploma

Ringkasan Tugas

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas Pengurusan Pejabat dan Operasi Perkhidmatan Pentadbiran di UVH
  • Tanggungjawab lain akan ditetapkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas

Cara Memohon Jawatan

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pelaksana (SOK/BUM/BR03/Jawatan 02) yang boleh dimuat turun daripada laman Pejabat Pendaftar UPM di bahagian muat turun dokumen di bawah seksyen pelantikan. Sila hantarkan borang yang lengkap beserta sijil/dokumen yang berkaitan ke alamat:

Pejabat Am,
Hospital Veterinar Universiti,
Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

Tarikh tutup permohonan pada 24 Disember 2021.

Related Posts