24 Kekosongan Jawatan Pegawai Tadbir Di Kementerian Perpaduan Malaysia. Gaji RM5,118 – RM11,634

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Perpaduan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Kementerian

Kementerian Perpaduan Negara Malaysia merupakan salah satu kementerian di bawah Kerajaan Malaysia yang terbentuk selepas portfolio perpaduan nasional dikeluarkan daripada Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

Portfolio ini mula diperkenalkan pada 1 Julai 1969 dengan penubuhan Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ini diketuai oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Tadbir Gred N48

  • Bilangan kekosongan: Empat (4)
  • Bilangan calon simpanan: Dua Puluh (20)
  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM5,118 – RM11,634
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM270

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
(ii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).

Tarikh Tutup Permohonan

20 Disember 2021

Cara Memohon Jawatan

Permohonan perlu dikemukakan menggunakan borang permohonan jawatan kontrak, resume bergambar yang jelas, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil SPM, sijil Ijazah Sarjana Muda berserta transkrip, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen rasmi berhubung pengalaman kerja dahulu.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan/pos ke alamat berikut:

Ketua Setiausaha, Aras 5-10, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1, 62000, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tel : +603-8091 8000

Related Posts