Jawatan Kosong Terkini Di Syarikat Berkaitan Projek ECRL. Gaji Ditawarkan RM3,000 – RM4,200

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Syarikat

Projek Laluan Rel Pantai Timur (juga dikenali sebagai “ECRL”) ialah satu projek utama di bawah Inisiatif Belt and Road antara China dan Malaysia dan dalam pembinaan oleh perusahaan milik negara China.

ECRL sepanjang 640KM dijangka siap pada penghujung 2026. Laluan itu bermula di Kota Bharu di Kelantan dan berakhir di Pelabuhan Klang di Selangor. Ia akan melalui Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Penumpang boleh mendapat akses mudah di Stesen Pusat Putrajaya untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau tempat lain di pantai timur.

Jawatan Yang Ditawarkan

Eksekutif Akaun

  • Lokasi: Kuala Lumpur
  • Gaji: RM 3,000 – RM 4,200

Syarat Kelayakan

  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Kewangan/Perakaunan atau setaraf.
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan diperlukan untuk jawatan ini.
  • Pemohon mesti bersedia bekerja 5.5 hari seminggu, bergantian Sabtu.
  • Mahir dalam aplikasi Microsoft Office.

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).

Cara Daftar Akaun Secara Percuma Di Portal Jobstreet

  • Pergi ke www.jobstreet.com.my.
  • Klik pada butang ‘Free Sign Up’.
  • Isikan Nama Pertama, Nama Keluarga, E-mel dan Kata Laluan anda. Klik pada ‘Sign Up’.
  • Isikan maklumat asas dan pilihan anda untuk tujuan pemadanan pekerjaan. Klik pada ‘Next’.
  • Isikan kelayakan tertinggi anda dan pengalaman kerja terkini untuk mula mencipta Profil JobStreet.com anda.
  • Klik pada ‘Complete’. Anda akan digesa untuk mengesahkan alamat e-mel anda seterusnya.

Untuk mengesahkan alamat e-mel anda:

Cari e-mel daripada lina@jobstreet.com dengan subjek “Sahkan e-mel anda – daripada JobStreet.com”. Klik pada pautan yang disediakan dalam e-mel. Siap! Anda sudah boleh menggunakan akaun Jobstreet anda.