Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

21 Kekosongan Jawatan di Agensi Kerajaan Ini. Gaji Ditawarkan RM2,418.00 – RM9,607.00

Posted on December 8, 2021 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerajaan berikut mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang bertanggungjawab menyeragamkan hal ehwal pentadbiran Mahkamah Syariah dan kehakiman Syariah di Malaysia.

JKSM diketuai oleh YAA Dato’ Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar selaku Ketua Pengarah JKSM merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Syariah Gred LS41

  • Gaji: M2,418.00 – RM9,607.00
  • Kenaikan gaji tahunan: RM225.00
  • Kekosongan: 1
  • Simpanan: 20

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) serta Diploma Lanjutan Undang-undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji Permulaan pada Gred LS41 : RM2,418.00);

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut: Portal SPA9 (KLIK SINI)

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati di pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pengumuman-terkini (KLIK SINI)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Disember 2021 (Isnin) jam 11.59 malam.

Cara Mendaftar Di Portal SPA9 Untuk Pemohon Baru

Bagi pemohon baru, anda perlulah mendaftar denga lengkap beberapa maklumat iaitu maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan (untuk tujuan reset kata laluan) dan klik persetujuan.

Semua ini boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/register (KLIK SINI)

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme