2 Peluang Pekerjaan Di Agensi Kerajaan Ini. Tarikh Tutup Permohonan Pada 25 Disember 2021

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Agensi Kerajaan berikut mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Agensi Kerajaan

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) merupakan sebuah agensi di bawah naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Selaras dengan tagline “Memperkasa Usahawan Hari Esok”, INSKEN memastikan program-program yang dianjurkan adalah berdasarkan keperluan dan permintaan industri dengan kerjasama pengamal industri, profesional dan agensi-agensi kerajaan bagi memantapkan ekosistem keusahawanan negara.

Jawatan Yang Ditawarkan

INSKEN membuka 2 peluang pekerjaan untuk individu yang proaktif, berpengalaman luas dan sentiasa konsisten mencapai sasaran syarikat.

  • Pengurus Data & Performance Analysis
  • Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Awam

Syarat Kelayakan

  • Anda layak bergelar Pengurus Data & Performance Analysis jika berkeupayaan memimpin pasukan serta cekap membuat keputusan.
  • Bonus tambahan jika anda mampu membuat reka bentuk grafik bagi permohonan untuk jawatan Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Awam.

Cara Memohon Jawatan

Jika anda mempuyai ciri-ciri ini, andalah yang kami cari. Hantarkan resume anda ke hr@insken.gov.my. Tarikh tutup permohonan ditetap pada 25 Disember 2021 pada hari Sabtu.

Related Posts