Ini Cara Daftar & Mohon Elaun RM1,200 Sebulan Melalui PUNB. Tarikh Tutup 31 Disember 2021

Ramai antara kita yang sedang mencari peluang pekerjaan yang baru. Dalam masa yang sama, ramai juga yang sudah memulakan perniagaan sendiri dan bercita mahu menjadi usahawan.

Untuk pengetahuan semua, bagi mereka yang bekelayakan, pelbagai bantuan telah disediakan oleh badan kerajaan untuk anda semua agar mendapat kemahiran dan peluang untuk memajukan aktiviti keusahawanan anda.

Pihak Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) merupakan badan yang ditubuhkan untuk pembangunan usahawan Bumiputera di Malaysia.

Salah satu bantuan yang disediakan adalah melalui Program Jumper PUNB yang mungkin ramai terlepas pandang.

Apakah Program Jumper PUNB?

Program Jumper PUNB merupakan ebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Kelebihan Menyertai Program Ini

Anda tidak perlu risau kerana dengan menyertai program ini, anda akan mendapat pelbagai manfaat. Berikut adalah manfaat yang akan diterima:

  • Elaun bulanan sara diri sebanyak RM1,200 disediakan
  • Program dijalankan selama 8 bulan
  • Mempelajari ilmu perniagaan dari mentor yang berpengalaman
  • Pemantauan dan konsultasi perniagaan disediakan sepanjang program
  • Pembiayaan perniagaan sehingga maksimum RM100,000 atau RM300,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak
  • Pembiayaan patuh syariah

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang Perniagaan
  2. Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat Mentor yang terpilih
  3. Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri
  4. Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran
  5. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA)
  6. Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan

Cara Memohon

Untuk yang berminat, permohon boleh dilakukan di atas talian denga mengisi maklumat anda di pautan berikut: https://www.punbbiz.com.my/jumper (KLIK SINI)

Sebelum mengemukakan permohonan, anda perlu mengikuti langkah-langkah ini:

  • Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB seperti yang tertera di portal PUNB.
  • Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
  • Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Semasa mengemukakan permohonan, anda perlu mengikuti langkah-langkah ini:

  • Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  • Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  • Sila pastikan anda telah membuat semakan sebelum menghantar borang permohonan.
  • Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.

Maklumat Tambahan

Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini. Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses

 

Related Posts