100 Kekosongan Jawatan Di Jabatan Kerajaan. Gaji RM1,360.00 Hingga RM4,052.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerajaan berikut mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah salah sebuah jabatan kerajaan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Antara fungsinya adalah seperti berikut:

  • Mengeluarkan nombor plat kenderaan Malaysia
  • Mengeluarkan lesen memandu
  • Menguatkuasa dan mentadbir undang-undang jalan raya
  • Membina jambatan timbang bagi menyekat dan memantau kenderaan berat yang melalui jalan negeri dan jalan persekutuan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: JPJ
  • Gaji: RM1,360.00 Hingga RM4,052.00
  • Kenaikan gaji tahunan: RM100
  • Kekosongan: 100
  • Simpanan: 100

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut: Portal SPA9 (KLIK SINI)

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati di pautan berikut: https://www.spa.gov.my/spa/laman-utama/pengumuman-terkini (KLIK SINI)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 Disember 2021 (Ahad) jam 11.59 malam.

Cara Mendaftar Di Portal SPA9 Untuk Pemohon Baru

Bagi pemohon baru, anda perlulah mendaftar denga lengkap beberapa maklumat iaitu maklumat pemohon, maklumat kata laluan, soalan keselamatan (untuk tujuan reset kata laluan) dan klik persetujuan.

Semua ini boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut: https://spa9.spa.gov.my/register (KLIK SINI)

 

Related Posts