Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Perdana Menteri Umum Bantuan PPC Untuk Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Ini Penerangannya

Posted on December 3, 2021 by Admin Gov

Pelbagai pakej bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada mereka yang memerlukan. Berita baik buat penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini kerana Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bantuan PPC.

Mungkin ramai yang tidak perasan bahawa bantuan ini telah diumumkan pada bulan September dan telah mula disalurkan kepada mereka yang berkelayakan baru-baru ini.

Maklumat Bantuan PPC

Untuk pengetahuan semua, pihak kerajaan telah memperuntukkan lebih RM471.6 juta untuk melaksanakan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia bagi kategori B40.

Barangan Yang Akan Diterima Melalui PPC

  1. Pek pelitup muka guna semula
  2. Kit ujian kendiri COVID-19
  3. Satu oximeter
  4. Satu termometer
  5. Risalah panduan penggunaan serta info kesihatan

Mereka yang layak untuk menerima bantuan ini dimulakan dengan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sudah berkeluarga. Mereka ini adalah dalam kalangan isi rumah B40 yang sudah berkahwin dengan ada atau tidak.

Langkah-Langkah Memohon Bantuan PPC

Tiada sebarang permohonan diperluakan untuk pakej ini kerana pemberian adalah berdasarkan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021). Sekiranya anda terlupa sama ada penerima BPR atau tidak, anda boleh menyemak di pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/

Ikuti langkah-langkah seperti di bawah:

  1. Klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    1. Status Permohonan
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Tarikh Bantuan Disalurkan

Berdasarkan FB rasmi KKM, bantuan ini telah mula diedarkan pada 30 November yang lalu kepada mereka yang berkelayakan. Jika anda layak, pastikan anda menerimanya untuk bantu mengurangkan beban  kewangan anda.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
December 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Nov   Jan »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme