2 Kekosongan Jawatan Di Institut Kerajaan. Gaji Ditawarkan RM1,600 Sebulan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Kerajaan berikut mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Institut

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) merupakan sejenis institusi berteraskan kemahiran yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Melalui IKBN Bandar Penawar, pihak mereka mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Yang Ditawarkan

1) MySTEP (Pengajar Barista)

2) MySTEP (Pengajar Fotografi)

Taraf jawatan: E19 kontrak

Kadar upah: RM1,600 sebulan

Lokasi kampus: Kampus Bandar Raya Johor Bahru (ILKBS City Campus)

Syarat Lantikan

  • Warganegara Malaysia
  • Minimum memiliki Sijl Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Kemahiran Malaysia berkaitan/Memiliki Sijil VTO diutamakan
  • Berumur 18-30 tahun
  • Boleh mengajar/menyelia kelas/mengendali bahan latihan

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah dilakukan dengan menghantar resume beserta gambar berukuran passport, Salinan kad pengenalan, Salinan SPM, Salinan Diploma / Ijazah, sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan A kepada:

Pengarah
Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
Jalan Kejora Utama
81930 Kota Tinggi
Tel: 07-8221530/1567
Fax: 07-8221566

ATAU;

Emelkan maklumat permohonan bersama dokumen yang diperlukan ke zulhilmi@kbs.gov.my/azman1808@kbs.gov.my. Sebarang kemusykilan, mohon berhubung dengan Encik Mohd Zulhilmi di talian 011-10803116 atau En. Azman Bin Muhammad di talian 011-28697410.

Tarikh tutup : 5 Disember 2021 (Ahad)

 

Related Posts