Amanah Saham Nasional Umum Keuntungan & Dividen Baru. Ini Cara Daftar & Semak Atas Talian

Dalam kesibukan bekerja, pasti ramai di antara kita yang memilih untuk menyimpan dan menabung sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah melalui Amanah Saham Nasional (ASN).

Berita gembira buat para penyimpan, ini kerana Amanah Saham Nasional Berhad baru sahaja mengumumkan keuntungan dan dividen bagi salah satu produknya iaitu ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 / ASN Imbang 1.

Keuntungan Dividen

Melalui FB rasmi ASNB, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga berubah, ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2021.

May be an image of text that says "PENGAGIHAN PENDAPATAN BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 30 NOVEMBER 2021 DANA HARGA BERUBAH Jumlah Pulangan 6.92% PARNA NASIONAL ASN Imbang 1 Hasil Dividen* 2.85% Nota: Pengiraan Hasil Dividen adalah Aset Bersih Dana 26 November 2021. (.i Halaman 97901003200 (47457-V Syarikat pendapatan, 202 lama nitAmanah Permodalan Nasional Berhad 19780100 bukan ASNB Amanah Saham Nasional Berhad www.asnb.com.my"

ASN Imbang 1 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92%, mengatasi penanda arasnya sebanyak 7.13%. Dana tersebut membayar pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta yang bersamaan 2.74 sen seunit kepada 44,752 pemegang unit dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit.

Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB seluruh negara telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 26 hingga 30 November 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Semakan Atas Talian

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Disember 2021.

Untuk Yang Terlepas Peluang, Ini Cara Beli Unit ASN Atas Talian

Untuk membuka akaun pelaburan ASNB secara atas talian, sila rujuk langkah di bawah:

  • Muat turun aplikasi¬†myASNB. di Google Play Store atau Apple Play Store
  • Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar.
  • Isikan maklumat di ruang yang disediakan.
  • .Buat proses verifikasi identiti
  • Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan.
  • Akhir sekali, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10.
  • Pilih kaedah pembayaran melalui bank yang tersedia.

Jika mahu beli unit Amanah saham Nasional Imbang 1 dan lain-lain. Tekan pada “Labur” dalam aplikasi dan pilih pelaburan baru.

 

Related Posts