Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

70 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Kerajaan Ini. Gaji Bermula RM1,493 – RM5,696

Posted on November 30, 2021 by Admin Gov

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Kementerian

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ialah sebuah kementerian Malaysia yang ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam negeri serta untuk meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna.

Jawatan Yang Ditawarkan

Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29

  • Kekosongan: 30
  • Simpanan: 40
  • Gaji: RM1,493 – RM5,696
  • Kadar kenaikan gaji tahunan: RM145.00

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: warganegara Malaysia;

  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta menpunyai rekod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,493.00);
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,770.95).
  • Diploma dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP29:RM1,846.15).

Cara Memohon Jawatan

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut: Portal SPA9 (KLIK SINI)

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati di pautan berikut: 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Disember 2021 (Isnin) jam 11.59 malam.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme