Jawatan Kosong Terkini Dibuka Di Institusi Kerajaan Ini. Kelayakan Minima SRP/PMR

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak syarikat di bawah Institusi Kerajaan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Institusi Kerajaan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pemandu

  • Lokasi: Kuala Lumpur

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Keutamaan kepada calon yang menetap di Ipoh dan kawasan sekitarnya.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman sebagai Pemandu bagi mana- mana organisasi di Malaysia
  • Lulus Bahasa Malaysia dalam peperiksaan SRP/PMR atau yang setaraf dengannya.
  • Berkebolehan bertutur, membaca, menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
  • Mempunyai lesen memandu yang sah.

Tugas-Tugas Jawatan

  • Mematuhi jadual tugasan yang ditetapkan.
  • Memandu kenderaan Pejabat untuk tujuan rasmi.
  • Mengendalikan urusan penghantaran surat-surat di Pejabat Pos setiap hari.
  • Memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.
  • Bertanggungjawab memastikan jadual servis kenderaan dipatuhi.
  • Melaporkan kepada pihak Pengurusan jika terlibat dengan sesuatu kemalangan.
  • Sentiasa bersedia menjalankan tugas di luar kawasan dan menerima arahan Pengurusan dari semasa ke semasa

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).