Menteri Minta Mereka Yang Layak Untuk Daftar SSM Bagi Nikmati Bantuan Kerajaan. Ini Sebabnya

Seperti yang kita tahu, mereka yang mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mendapat pelbagai bantuan kerajaan iaitu Geran Khas Prihatin (GKP) sejak pertama kali diperkenalkan.

Jika anda berniaga walaupun kecil atau pun sederhana, anda digalakkan untuk mendaftar dengan SSM bagi menikmati bantuan kerajaan yang akan datang.

Menteri Saran Anda Mendaftar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pemilik perniagaan termasuk perniagaan kecil dan sederhana disaran mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, (SSM).

Ia bagi membolehkan mereka layak menikmati kemudahan dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Bantuan Disalurkan Automatik Mengikut Pangkalan Data

Saranan pendaftaran ini kerana bantuan perniagaan disalurkan kepada yang layak, seperti golongan B40 dan M40 berdasarkan pangkalan data perniagaan yang berdaftar dengan SSM.

Jika anda berniaga walaupun secara kecil-kecilan tetapi tidak mendaftar akan menyebabkan ada komuniti peniaga yang tercicir daripada inisiatif ini yang dilaksanakan secara automatik berdasarkan pangkalan data perniagaan SSM.

Cara Mendaftar SSM Online

Berikut adalah cara mendaftar SSM secara atas talian:

  • Pendaftaran SSM boleh dilakukan dengan melayari laman web ezbiz di pautan: https://ezbiz.ssm.com.my/
  • Anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan klik Sign Up.

Selepas pendaftaran akaun Ezbiz selesai, anda perlu ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang berdekatan. ia bertujuan untuk melengkapkan pendaftaran anda dan tujuan membuat pengesehan biometerik (cap jari).

Jangan lupa bawa bersama kad pengenalan semasa pergi ke pejabat SSM. Senarai pejabat boleh dicari di pautan berikut: KLIK SINI

Setelah selesai, anda boleh menggunakan akaun di ezbiz biasa dengan mendaftarkan perniagaan anda. Anda akan dikenakan yuran pendaftaran seperti berikut:

  • Dikenakan sebanyak RM30 jika menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan
  • Jika menggunakan nama lain, contohnya enterprise ,trading, resources dan sebgainya, bayaran adalah sebanyak RM60.
  • Atau ia bergantung kepada nama syarikat yang anda pilih