Jawatan Kosong Terkini Di Celcom Axiata Berhad. Gaji RM1,750 Hingga RM2,000 Ditawarkan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Celcom Axiata Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Syarikat

Sebagai penyedia telekomunikasi mudah alih terkemuka di Malaysia, kami berharap untuk berkembang bersama anda. Kami percaya bahawa kakitangan kami adalah aset terbesar kami dan kami memupuk serta mengembangkan bakat hebat seperti anda.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pelatih Protege (Protege Trainee) – Bahagian Sumber Manusia

  • Lokasi: Kuala Lumpur
  • Gaji: RM 1,750 – RM 2,000

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Sumber Manusia atau setaraf.
  • Keperluan minimum 3.0 PNGK
  • Berkelulusan dari Institusi Pengajian Tinggi Dalaman, Antarabangsa dan Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Keutamaan kepada fresh graduate yang belum menyertai Program SL1M / PROTEGE sebelum ini.
  • Tiada pengalaman kerja diperlukan
  • 1 tahun jawatan kontrak

Cara Memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).

Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).