Tahun 2021 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pelbagai pakej bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan sepanjang tahun ini yang merupakan tahun yang mencabar untuk kita semua.
Bagi hujung tahun ini, masih ada lagi bantuan yang akan dikreditkan terus ke akaun mereka yang berkelayakan. Bantuan tersebut adalah Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa 3.
Kategori Yang Akan Menerima BKC Fasa 3
Seperti yang kita tahu, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021
Untuk Fasa 1 dan 2, bantuan telah dikreditkan ke akaun penerima yang layak. Bagi Fasa 3, berikut adalah jumlah dan kategori yang layak menerimanya (diwarnkan kuning):
Jumlah Bantuan
Pada bulan Disember, isi rumah yang berada dalam kategori miskin tegar dan B40 akan menerima bantuan berjumlah RM300. Tiada permohonan diperlukan.
Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
Cara Semakan
Bagi mereka yang berada dalam kategori di atas, semakan status BKC boleh dibuat di Portal Rasmi BKC (https://bkc.hasil.gov.my)
Jika anda tidak berjaya dalam rayuan BPR, anda tidak layak untuk bayaran BKC untuk kategori B40.