Dibayar 4 Kali Setahun. Menteri Kewangan Umum Tarikh Pembayaran Pertama BKM RM350-RM2,000

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan salah satu bantuan kewangan yang diumumkan di dalan Bajet 2022. Bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada 2022 ini akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.

Di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ada menyatakan secara lebih terperinci mengenai tarikh permbayaran BKM ini pada tahun hapadan.

Tarikh Rasmi Pembayaran Pertama BKM

Pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada Mac 2022.

Senarai Kategori Penerima BKM

Berikut adalah kategori-kategori penerima BKM

Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

  • Mempunyai lebih 3 orang anak: RM2,000
  • Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM1,500
  • Tidak mempunyai anak: RM1,000

Isi rumah (berpendapatan RM2,501 – RM5,000)

  • Mempunyai lebih 3 orang anak: RM800
  • Mempunyai 1 ke 2 orang anak: RM600
  • Tidak mempunyai anak: RM400

Ibu/bapa tunggal & Warga Emas isi rumah (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

  • Ibu/bapa tunggal: RM500
  • Warga Emas: RM300

Warga Emas bujang/tiada pasangan (berpendapatan kurang RM5,000)

  • Warga Emas bujang/tiada pasangan: RM600

Bujang (berpendapatan RM2,500 dan ke bawah)

  • Bujang (<RM2,500): RM350

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) tidak perlu membuat permohonan

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40, akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *