30 Kekosongan Jawatan Di Jabatan Kerajaan Ini. Gaji Bermula RM54 Hingga RM72 Sehari

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan sebuah jabatan kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 untuk menggerak dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu.

Jawatan Yang Ditawarkan

  • Penolong Pegawai Tadbir – 2 Kekosongan
  • Penolong Akauntan – 1 Kekosongan
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – 26 Kekosongan
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) – 1 Kekosongan

Upah Harian: RM54-RM72 sehari mengikut jawatan

Syarat Kelayakan Umum

  • Memiliki sekurang-kurangnya SPM hingga Diploma mengikut jawatan yang dimohon

Untuk membaca dengan lebih terperinci syarat kelayakan bagi setiap jawatan, boleh pergi ke pautan berikut: KLIK SINI

Cara Memohon

Pemohon yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan berminat hendaklah mendaftar dan memohon secara dalam talian melalui pautan rasmi epengambilan.dbp.gov.my.

Pemohon boleh merujuk manual pengguna yang disediakan bagi tujuan proses pendaftaran akaun dan permohonan jawatan.

Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi no. telefon atau e-mel yang berikut:

  • No. Telefon : 03 – 21479367 (pertanyaan umum kecuali bantuan teknikal)
  • Masa Panggilan : 10.00 pagi hingga 3.00 petang (Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum)
  • E-mel: pengambilan@dbp.gov.my

Tarikh akhir permohonan pada 30 November 2021

Related Posts