Skip to content

JAWATAN KERJA

Semua maklumat tentang kerjaya

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
Menu

Mulai Hari Berikut (25 Nov), Bantuan RM300-RM500 Akan Dimasukkan Ke Akaun Individu Yang Layak

Posted on November 24, 2021 by Admin Gov

Bulan November hampir melabuhkan tirainya. Seperti yang ramai tahu, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 2 akan dimasukkan pada bulan ini.

Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya tarikh bantuan ini akan dikreditkan ke akaun bank individu yang layak.

Tarikh Rasmi Diumumkan PM

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pembayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November ini dengan peruntukan RM300 juta.

Bayaran kedua ini akan melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Penerima & Kadar Bantuan BKC Fasa 2

Kadar bayaran BKC Fasa 2  adalah RM500 dan RM300 bagi setiap penerima yang layak.

Berbeza dengan Fasa 1, pembayaran untuk Fasa 2 hanya akan melibatkan kategori penerima Miskin Tegar seperti jadual di bawah yang bertanda petak kuning:

Cara Semakan Permohonan

Mungkin anda keliru dengan kategori anda ketika ini sama ada layak atau tidak. Untuk mengesahkan kelayakan, anda boleh menyemaik di pautan rasmi berikut: https://bkc.hasil.gov.my

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan mengisi kata laluan bagi membuat semakan.

Kami bukanlah ejen kerajaan atau agensi pekerjaan, kami cuma menyampaikan maklumat.

Pasukan JawatanKerja
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« Oct   Dec »




JAWATAN KERJA

Jawatan Kerja adalah laman web yang menyediakan pelbagai maklumat kerjaya di Malaysia. Merangkumi sektor kerajaan dan swasta.

KATEGORI

  • JAWATAN KOSONG
  • KERAJAAN
  • LAIN-LAIN
  • SWASTA
  • Uncategorized
©2025 JAWATAN KERJA | Design: Newspaperly WordPress Theme