16 Kekosongan Jawatan Di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Ini. Gaji RM1,216.00 – RM9,607.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)  mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat PBT

MPHTJ merupakan salah satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Hang Tuah Jaya merupakan sebuah bandar satelit Melaka yang juga pusat pentadbiran Melaka bermula Jun 2006. Bandar ini juga dikenali sebagai ‘Putrajaya’ di Melaka.

Pusat pentadbiran Hang Tuah Jaya terletak kira-kira 15 km dari pusat bandar. Kawasan ini terletak di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Seri Negeri juga terletak di sini, berhampiran persimpangan Seri Negeri-MITC.

Jawatan Yang Ditawarkan

  • PEGAWAI UNDANG-UNDANG
  • PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
  • PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PRSEKITARAN
  • PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA
  • PENOLONG AKAUNTAN
  • JURUTEKNIK KOMPUTER
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI)
  • PEMBANTU OPERASI
  • PEMBANTU AWAM

Gaji: RM1,216.00 – RM9,607.00

Kekosongan: 16 mengikut posisi

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci mengenai iklan jawatan ini, boleh pergi ke pautan berikut: KLIK SINI

Cara Memohon Jawatan

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang boleh didapati daripada Laman Web MPHTJ iaitu http://www.mphtj.gov.my atau hadir sendiri ke Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Aras 2, Kompleks Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada anak kelahiran Negeri Melaka.

Permohonan hendaklah disertakan dengan sesalinan sijil-sijil kelayakan dan dokumen yang disahkan. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak dengan serta merta

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar di dalam sampul surat berukuran 32sm x 22sm. Di sudut atas sebelah kiri sampul hendaklah ditulis NAMA JAWATAN yang dipohon. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup
permohonan akan ditolak.

Alamat permohonan dan tarikh tutup permohonan :

Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
SF-01, Aras 2,
Kompleks Melaka Mall,
Jalan Tun Abdul Razak – Ayer Keroh,
75450 Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
(U.P : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA, JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 24 NOVEMBER 2021

Related Posts