23 Kekosongan Jawatan Di Jabatan Kerajaan Ini. Gaji Bermula RM2,081.00 Hingga RM9,547.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)  mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Jabatan

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), dahulunya dikenali sebagai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pasukan Sukarelawan Malaysia ialah sebuah persatuan sukarelawan beruniform di Malaysia yang ditugaskan untuk membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan negara.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41

  • Gaji: RM2,081.00 – RM9,547.00
  • Kenaikan gaji tahunan: RM225.00

Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)

  • ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00);atau
  • bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai reskod perkhidmatan yang baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,081.00);atau
  •  ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institute pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM 2,285.00)

Cara Memohon

Bagi yang berminat, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di pautan berikut: Portal SPA9 (KLIK SINI)

Untuk calon yang telah membuat permohonan bagi jawatan di atas, tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku tarikh tutup iklan.

Bagaimanapun, calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan kekosongan jawatan.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan, boleh didapati di pautan berikut: 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 November 2021 (Selasa) jam 11.59 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *